seindah alam




Rabu, 27 Oktober 2010

sekadar persinggahan mengenai haji


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, musim haji tiba lagi. Jemaah pertama yang bakal menjadi tetamu Allah swt telah berlepas pada malam 9/10/2010 dan sekarang sudah berada di Bumi Haram Madinah. Kepada jemaah yang lain yang sudah terpilih menjadi Tetamu Allah pasti berdebar menunggu saat keberangkatan. Sentiasa berdoa semuga Allah memberi kesihatan dan memudahkan segala urusan sehingga dapat menjejaki kaki di Bumi Haram sebagai tetamu Allah.

Menjadi tetamu Allah swt ke Tanah Haram Mekah dan Madinah tidak sama dengan melancung ke mana juga di dunia ini. Jemaah haji akan di uji oleh Allah swt dengan berbagai ujian semenjak di tanah air, ketika penerbangan, di Madinah sehinggalah di Mekah. Hanya jemaah haji yang sabar dan redha dengan apa sahaja ujian akan mendapat Haji Mabrur. Ibadah haji adalah musafir mujahadah yang menguji setiap jemaah haji.

Antara tips untuk mendapat Haji Mabrur adalah banyak memberi makan, banyak memberi salam dan sering ringan tangan untuk memberi khidmat kepada yang perlu.

Berikut adalah jadual ringkas jemaah penerbangan haji 2010 :

1. Penerbangan Pertama KT01 – 9 Oktober 2010

2. Penerbangan Akhir – 09 November 2010

3. Jangkaan Wukuf – 15 November 2010

4. Penerbangan Balik Pertama – 22 November 2010

5. Penerbangan Balik Akhir – 22 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...