seindah alam




Khamis, 20 Januari 2011

majlis kenduri kendara

meriah dengan semangat gotong royongnya.... sesuatu usahasama yg baik dan masih dikekalkan hingga ke hari ini....tidak mengharapkan upah malah keringat juga yang dikeluarkan..itu yg benar2 mengamalkan budaya tolong menolong...kalu yg berdiri dgn kuat mengarah pun ade..mcm2 jenis manusia ni ye... ape pun terima kasih kepada semua pihak yg bertungkus lumus sehingga majlis walimatul urus ni berjln lancarr


pasang khemah kenduri

peralatan sampai ... apa lagi punggah le
berat sama dipikul ringan sama dijingjing
berat mata memandang berat lagi aku sorang yg pikul

tugas kaum ibu.....diambil kira juga



masa utk makan selepas bekerja...time ni le ramai yg datang... time lepas mkn je, ade yg nak beli barang le, nak balik kejap...itu yg jenis banyak mengulat...






membasuh ikan keli 80 kg. bila ramai-ramai mcm ni, ramai lak yang ade bermcm2 petua yang boleh dikongsi bersama.. ade kata petua utk cuci ikan keli supaya tidak berlendir adalah dgn menggunakan tepung ( mcm cuci ayam juge) dan buang hanyir guna limau.. ade juga kata guna daun pisang - itu kalu jumlah yg sedikit.. penat juge mencuci ikan keli nii.



saudara mara turut membungkus ole-ole kpd tetamu yang akan hadir

mengacau sambil bergurau senda, lawak jenaka

sedap ni.. daging masak kicap yg dimasak selama 5 jam. sentiasa mengacau


Rabu, 19 Januari 2011

api semasa kecil





bermula dari sini.... berlakunya satu kejadian kebakaran besar yang akan menyebabkkan kerugian akibat dari kelalaian tindak tanduk si ibu yang leka membiarkan anak-anak bermain api tanpa mengetahui risiko yang boleh memberikan masalah kepada orang lain... sikap tidak prihatin si ibu yang tidak mahu menegur perbuatan si anak dan sikap si ibu yang sememangnya tidak boleh ditegur.... menyatakan aku lebih bijak menjaga anak aku.... anak aku.. aku tau la menjaganya dan mempertahankan perbuatan si anak itu...menyebabkan anak dan ibu sama-sama memberi masalah.. dan akhirnya memberi masalah kepada orang lain.... sudah lah tidak mengaku .......nasib baik kebakaran kecil ini disedari oleh orang ramai ( rumah tepi jalan ) kejadian tersebut, tuan tanah @ tuan rumah tiada di rumah kerana pergi membuat persiapan membeli barangan majlis kenduri perkahwinan anak lelakinya.. yang akan dilangsungkan pada 30 jan 2011.. jika tersilap langkah dan detiknya maka kenduri kesedihanlah tuan rumah dengan para jemputan.......syukur alhamdulillah pd Yang Maha Esa memberi peluang serta peringatan kepada semua hambanya bahawa perihatin terhadap tingkah laku semasa diluar kawalan mata kita terhadap anak-anak, baik yg kecil hinggalah ke alam remaja......segala perbuatan itu ade hikmahnyaa








Isnin, 10 Januari 2011

keli oh keli




ikan keli afrika.@ ikan keli siam.. ada dua pendapat yang ikan keli jenis tu...aku tak arif lee bab ikan nii.. kena tanya kaki pancing le... keli afrika warna agak kehitaman dan rasanya agak liat.( kate orang le ) Yang ini setengah orang kata, keli siam..dagingnya lembut dan sodap tapiiiiiiiiiiiii kalu tengok tak lalu makannn. bila dah potong dadu lpastu idang makan pulak tu...tak kenai dah besar kecikk.... adik ipar yang pancing di temankan oleh anak ( azib ).... punya la seronoknya dia seakan dapat satu hobi baru la pulak.... aku harap biarlah dia ada hobi yang seimbang - outdoor & indoor same naik.... lepas dia pegang ikan ni terus kena demam.... demam terkejut lah tu... nak pegang ikan ni pun kena paksa dulu... cam no nak menceburi hobi memancing..




Jumaat, 7 Januari 2011

sekitar aktiviti di kedah












naik keta kuda ka @ hanya xsen di depan kamera..bb






kenduri kawin di kodiang, kedah


kenduri menghantar pengantin lelaki ke rumah pengantin pempuan. sepupu bertemu jodoh dengan orang kedah juge...ade lagi yang akan menyusul mengeratkan hubungan silaturrahim dengan orang kedah nii.. apa pun , dah jodoh














selamat pengantin baru...

jamuan makan yang istimewa....ade udang lagi...

makan malam bersama warga sk besout3


bergambar selepas kekenyangan...mana sorang lagi,,, bila bergambar tak ingat anak nii.



anak2 dapat jajan dr cikgu rafizan. wakil kelab guru. makan dapat jajan pun dapat...bertuahnya jadi budak2


macamana boleh terselit adik ni... semua kan orang pempuan.




mandi di sg klah hotspring


seronoknya mandi sampai tak nak naik dan naik kecut...mandi sepuas-puasnya. jimat air kat rumah..





sudah penat tentu lapar punya..banyak juge juadah yang dibawak. letih juga nak melayan anak-anak makan. ade yang nak mandi lagi, ada yang nak makan. walau apa pun makan tetap makannn


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...