I am a consumer too. Cuma saya sering ditanya apa kamera yang bagus. Jadi untuk menjawap soalan teman teman, ini merupakan pendapat dan pilihan peribadi saya.

Antara Canon D60 dan Nikon D7000,…..

Kedua camera diletakkan di antara serious amateur dengan semi professional body lines. Contohnya Nikon D7000 adalah upgrade kepada D90 tetapi masih di bawah Nikon D300s

Canon 60D pula diletakkan diatas diantara 550D dgn 7D. Kedua body camera ini adalah lebih kurang, kata pepatah, bertemu buku dengan ruas.

Nikon D7000 mengenengahkan teknologi baru dalam design camera ini. FULL TIME AUTO FOCUS akan memudahkan anda mendapatkan fokus secara automatik dengan tepat dan pantas. Untuk pengguna video amatur, fungsi ini amat berguna. Anda boleh focus kepada komposisi dan moment. Kedua camera record dalam FULL HD, jadi kali ini, dalam kategori video Nikon menang.

Obviously Canon 60D offer lebih fps dalam movie recording. Dalam kategori saiz dan speed, canon win. Bagaimanapun, untuk recording FULL HD dan untuk kegunaan tayangan pada TV LCD anda dirumah, kedua kamera berupaya menghasilkan movie yang cukup baik pada setting full hd 1920x1080x24fps. Anda juga perlu beringat bahawa merakam pada 60fps akan meningkatkan kos storage, a lot….

Nikon D7000 menawarkan ISO expansion sehingga 25600. Dan Canon 60D cuma 12800. Perbezaan 1 stop ini kadang kadang penting dalam extreme low light, dimana anda perlu merakam ekpressi manusia dari jauh. Walaupun hanya usable dalam bentuk Black and white, moment yang dirakam masih amat berharga. Perbezaan 1 stop boleh menentukan anda dapat usable shot atau tidak. Nikon Win

Nikon D7000 dibina dengan magnessium alloy, sama seperti d300s. Sekiranya anda pernah menggunakan magnessium alloy body, agak sukar untuk kembali menggunakan polycarbonate body seperti d90 kerana rasa yang firm dan kukuh pada magnessium alloy body. Dari segi ketahanan tu, memang tak payah cerita lah. Nikon Win

Nikon menawarkan DUAL SLOT MEMORY CARD, anda boleh rakam 2 salinan gambar sekali rakam. Features ini, single handedly menyebabkan saya mahu D7000 ini. Mengapa? Merakam pada 2 card serentak boleh mengurangkan risiko kehilangan gambar akibat kerosakan memori kad. Saya pernah menghilangkan kad memori yang berisi 500 keping gambar yang baru di shoot. Apabila anda menjalankan tugas, BACKUP adalah AMAT PENTING. Sekiranya anda menggunakan D90 dan menjalankan freelance photography, features dual slot ini adalah reason utama mengapa anda mahu upgrade dari d90. Sekiranya sekarang anda menggunakan 500D atau 550D, lebih baik anda tukar kepada D7000 kerana features dual slot dalam canon cuma ada pada 1D series. Ia mungkin lebih murah untuk anda menukar sistem daripada membeli latest 1D camera. Nikon Win

Jadi, saya stop comment disini lah. Sebab last features itu, menyebabkan instantly saya decide untuk mengambil D7000 berbanding 60D. Tak payah tengok yang lain dah. Yang penting kalau buat kerja, kita lebih selamat. Harga nikon mungkin mahal sedikit, tapi well worth it. Malah, features ini boleh beri peluang extra income kepada anda. Sekiranya anda boleh produce gambar yang BAGUS OUT OF CAMERA, anda boleh offer extra service pada customer. Offer mereka, after wedding, mereka dapat salinan memori kad daripada anda. Maknanya, lepas shoot, terus dapat gambar, tak ke cool macam itu? customer pun happy. Anda pun rasa selamat kerana gambar satu salinan dah sampai ke customer. Of course jangan bagi free. Katakan anda gunakan Sandisk Ultra 8GB sebagai backup, offer mereka extra features, optional dalam package, instant all photos copy, only RM300 atau lebih. Harga kad 8GB baru rm100. see?


layari web : http://adhadimohd.com